
Wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor di AGM YAM Pusat
Ucapan Presiden YAM Pusat di majlis Perasmian ...
Cikgu Hussin Kekal Sebagai Presiden Amal sesi 2011/2013Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T yang maha pemurah dan maha mengasihani hamba-hambanya. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Rasulullah SAW. serta kaum keluarganya.
Sejak majlis pelancaran pada 11 November 2001 oleh YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz b. Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di Kuala Terengganu. AMAL Malaysia memulakan langkah pertama dengan memberikan khidmat kebajikan dan kemanusiaan kepada masyarakat yang memerlukan khususnya di Malaysia.
Langkah demi langkah di atur , pelbagai bentuk khidmat dicurahkan oleh ahli dan sukarelawan di pelusuk negeri melalui penubuhan cawangan di setiap negeri. Kami bangun dan sama-sama berkongsi dengan masyarakat, selaras dengan motto ‘Berkhidmat Untuk Kemanusiaan — Beramal Kerana Allah”
Akibat gempa bumi dan Tsunami di Acheh, Indonesia pada Disember 2004, AMAL Malaysia memulakan langkah pertama ke luar negara. Kesan dari khidmat bakti itu, kami sering kali diminta oleh rakyat Malaysia untuk menyalurkan pelbagai bantuan berupa kewangan dan tenaga, apabila berlaku bencana alam serta bencana kemanusiaan seperti di Lebanon dan Gaza, Palestin.
AMAL Malaysia juga sedang berusaha mewujudkan “International Islamic Forum Of Muslim -Based Relief And Welfare NGOs”. Gagasan ini telah dikemukakan semasa seminar “19th International Congress of The Union of Muslim Communities, Turkey” pada tahun 2010, dan diterima oleh peserta. Usaha ini diteruskan melalui kerjasama dengan beberapa NGO luar negara, khususnya negara yang pernah diterokai.
AMAL Malaysia juga sedang gigih melatih dan melahirkan para pendakwah, melalui penubuhan Pusat Dakwah Serantau (PDS). Bermula dengan saudara-saudara kita dari pendaiaman Sabah & Sarawak dan InsyaAllah akan dikembangkan kepada warga dari luar negara khususnya alam Nusantara. Bermula dengan kampus sementara di Darul Al-lrshad yang dipinjamkan, akan di kembangkan ke Kompleks yang kekal di atas tanah yang diwakafkan.
Pengalaman selama 10 tahun dirakamkan sebagai sejarah pengalaman yang cukup manis kepada kami sukarelawan. Hari ini 7 Mei 2011 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1432H, Sambutan “1 Dekad Amal Mencurah Bakti bermula di bumi Selangor Darul Ehsan. Terima kasth kepada Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor kerana sudi hadir serta meiancarkan sambutan 1 Dekad. Semoga segala perancangan AMAL Malaysia dapat diteruskan.
Sekarang ini hampir 30 lokasi di luar negara telah berjaya kami jejakki, selain dari keseluruhan negara di ASEAN, AMAL Malaysia telah menabur bakti di sebelah Barat Dunia, Kassala, Sudan, dan mencurah jasa di sebelah Timur Dunia di Kwang Yen China.
Hj Hussin Ismail
Presiden Yayasan Amal Malaysia