
Saturday, December 10, 2011
Sunday, September 4, 2011
Krisis Somalia : Amal Malaysia Lancar Tabung Kemanusiaan
Di Saat ummat Islam seluruh dunia masih lagi merayakan Aidilfitri, pada saat ini jugalah puluhan ribu warga Somalia kehilangan nyawa akibat kebuluran dan jutaan lagi terdedah kepada ancaman kebuluran yang sangat teruk.
Beginilah senario terbaru di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan terus merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.
Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.
Disebabkan tidak mampu lagi untuk menjalani kehidupan di tempat sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.
Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.
Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.
Justeru itu, atas dasar keperihatinan terhadap nasib yang menimpa Umat Islam Somalia, maka Yayasan Amal Malaysia melancarkan tabung kemanusiaan khusus untuk umat Islam Somalia. Anda boleh menyalurkan sumbangan anda melalui akaun seperti tertera di poster.
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :
Abd Hamid Seman (Ketua Setiausaha) - 013-927 9256
Cik Nurul Izzah (Pen. Ketua Setiausaha 1) - 012-343 9614
Mohd Shahraini @ Man (S/U Kerja) - 017-881 2996
Ibu Pejabat Yayasan Amal Malaysia
127-2, Jalan SBC 1,
Taman Seri Batu Caves
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03-6187 9294 Fax : 03-6187 4382
Email : yayasanamalmalaysia@yahoo.com.my
Website : www.amalmalaysia.net
Saturday, July 23, 2011
Karnival NGO Islam Bersama Masyarakat DUN Taman Medan
23 Julai 2011, P. Jaya - Perasmian telah di sempurnakan oleh ADUN Taman Medan, Puan Haniza Talhah di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan dan majlis penutup di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato Haron. Tazkirah Perdana Mgrib di sampaikan oleh Ustaz Farid Ravi Abdullah.
Wednesday, June 22, 2011
Tiket - Konsert Amal Ihsan Ummah !!
Prgm Mei & Jun - Mesyuarat Agung Yayasan Amal Pusat Ke 6

Ucapan Presiden YAM Pusat di majlis Perasmian ...
Cikgu Hussin Kekal Sebagai Presiden Amal sesi 2011/2013
Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T yang maha pemurah dan maha mengasihani hamba-hambanya. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Rasulullah SAW. serta kaum keluarganya.
Sejak majlis pelancaran pada 11 November 2001 oleh YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz b. Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di Kuala Terengganu. AMAL Malaysia memulakan langkah pertama dengan memberikan khidmat kebajikan dan kemanusiaan kepada masyarakat yang memerlukan khususnya di Malaysia.
Langkah demi langkah di atur , pelbagai bentuk khidmat dicurahkan oleh ahli dan sukarelawan di pelusuk negeri melalui penubuhan cawangan di setiap negeri. Kami bangun dan sama-sama berkongsi dengan masyarakat, selaras dengan motto ‘Berkhidmat Untuk Kemanusiaan — Beramal Kerana Allah”
Akibat gempa bumi dan Tsunami di Acheh, Indonesia pada Disember 2004, AMAL Malaysia memulakan langkah pertama ke luar negara. Kesan dari khidmat bakti itu, kami sering kali diminta oleh rakyat Malaysia untuk menyalurkan pelbagai bantuan berupa kewangan dan tenaga, apabila berlaku bencana alam serta bencana kemanusiaan seperti di Lebanon dan Gaza, Palestin.
AMAL Malaysia juga sedang berusaha mewujudkan “International Islamic Forum Of Muslim -Based Relief And Welfare NGOs”. Gagasan ini telah dikemukakan semasa seminar “19th International Congress of The Union of Muslim Communities, Turkey” pada tahun 2010, dan diterima oleh peserta. Usaha ini diteruskan melalui kerjasama dengan beberapa NGO luar negara, khususnya negara yang pernah diterokai.
AMAL Malaysia juga sedang gigih melatih dan melahirkan para pendakwah, melalui penubuhan Pusat Dakwah Serantau (PDS). Bermula dengan saudara-saudara kita dari pendaiaman Sabah & Sarawak dan InsyaAllah akan dikembangkan kepada warga dari luar negara khususnya alam Nusantara. Bermula dengan kampus sementara di Darul Al-lrshad yang dipinjamkan, akan di kembangkan ke Kompleks yang kekal di atas tanah yang diwakafkan.
Pengalaman selama 10 tahun dirakamkan sebagai sejarah pengalaman yang cukup manis kepada kami sukarelawan. Hari ini 7 Mei 2011 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1432H, Sambutan “1 Dekad Amal Mencurah Bakti bermula di bumi Selangor Darul Ehsan. Terima kasth kepada Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor kerana sudi hadir serta meiancarkan sambutan 1 Dekad. Semoga segala perancangan AMAL Malaysia dapat diteruskan.
Sekarang ini hampir 30 lokasi di luar negara telah berjaya kami jejakki, selain dari keseluruhan negara di ASEAN, AMAL Malaysia telah menabur bakti di sebelah Barat Dunia, Kassala, Sudan, dan mencurah jasa di sebelah Timur Dunia di Kwang Yen China.
Hj Hussin Ismail
Presiden Yayasan Amal Malaysia
Program Mei & Jun - Mesyuarat Agung Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor

Antara perwakilan & pimpinan di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke 6 , Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor di Shah Alam 24 April 2011. Mesyuarat pertama YAM Cawangan Selangor telah memutuskan Jawatankuasa sesi 2011/2013 seperti berikut :-
Pengerusi : YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
Timbalan Pengerusi : Tuan Azri Mohd Arish
Naib Pengerusi 1 : YB Dr. Hjh Halimah Ali
Naib Pengerusi 11 : Ustaz Fauzan Madzlan
Naib Pengerusi 111 : Tuan Azraee Hj Harun
Setiausaha : Ustaz Mohd Yusof Abdullah
Penolong SU : Tuan Abdul Rahman Talib
Bendahari : Tuan Mat Nasri Jamaluddin
AJK : Tuan Hud Abdul Hamid
AJK : Tuan Hj Mahmuddin M. Yusoff
AJK : Tuan Hj Abdul Rahman Sadikin
AJK : Pn Hjh Maznah Mat Hassan
Mesyuarat juga telah melantik Penyelaras Daerah di ke sembilan daerah di Selangor.
Tuesday, June 21, 2011
Bengkel Strategik Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor

22 Jun ,Shah Alam - Membuka lembaran baru Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor sesi ini bagi memantapkan gerakerja sebagai sebuah NGO berkesan di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.., program di rasmikan oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor Yang Berhormat Dr. Ahmad Yunus Khairi
Subscribe to:
Posts (Atom)